Terma & Syarat

PENGENALAN SMELink.my

Laman web SMElink.my merupakan Pusat Infomasi Perniagaan seperti Info Kursus & Seminar, Info Bantuan Kerajaan seperti Dana & Geran termasuk Berita Aktiviti Keusahawanan.

Selain itu web ini juga menyediakan ‘Marketplace’ untuk usahawan yang menjadi vendor memasarkan produk mereka secara online.

Kempen ‘Guna Produk Ahli’ salah satu cara untuk membantu usahawan yang menjadi vendor dimana setiap ahli yang telah terima bantuan niaga diwajid membeli produk ahli sebanyak RM300 dan COIN Smart Shopper terkumpul hanya untuk membeli produk ahli.

Web ini juga menjadi tempat untuk menghimpunkan usahawan dan peniaga dari seluruh Malaysia untuk membina network dan ukhwah.

Penyertaan anda sebagai ‘Ahli Smart Shopper’ atau Vendor / Usahawan dianggap bagai Ahli Komuniti SMELink dimana pihak pengelola sedia tawarkan faedah dan kemudahan mengikut keahlian.

Bayaran yang anda buat adalah untuk mendapatkan faedah dan kemudahan yang disediakan oleh pihak pengelola.

Harapan pihak pengelola agar ahli komuniti mengajak usahawan dan peniaga diluar sana menjadi ahli komuniti.

Bantulah pihak pengelola mempromosikan web SMElink.my supaya usahawan dan peniaga lain dapat dibantu.

Dengan menyertai Program Bimbingan dan Bantuan Niaga, anda fahami dan bersetuju bahawa :

  • Penyertaan & Pembayaran anda kepada penyertaan ini adalah sukarela tanpa paksaan dari mana-mana pihak.
  • Anda bertanggungjawab 100% sepenuhnya atas apa jua keuntungan dan kerugian hasil dari menyertai Program Komuniti ini.
  • Anda tidak boleh mendaftarkan nama orang lain tanpa permintaan mereka.
  • Anda harus faham, hasil pendapatan Program ‘Smart Shopper’ adalah dari hasil usaha anda sendiri mempromosikan Laman Web ini dan paparan jumlah pendapatan di laman web ini adalah sebagai contoh pengiraan sahaja.
  • Anda harus faham, Program Bantuan Niaga Program adalah insiatif pihak pengelola untuk membantu ahli. Sumber kewangan bantuan ini datangnya dari keuntungan peniagaan pihak pengelola. Pihak pengelola akan mengagih bantuan setelah jumlah tersebut mencukupi dan pihak pengelola berhak melanjutkan tempoh bantuan sekiranya bantuan tersebut tidak mencukupi.
  • Anda akan sentiasa menjaga baik nama SMElink.my, pihak pengelola dan semua Rakan Komuniti.
  • Anda akan melaporkan kepada pihak pengelola, jika anda dapati ada Rakan Komuniti yg melakukan perkara-perkara yang akan menjejaskan nama baik Komuniti SMElink.my.
  • Anda tidak akan menuntut sebarang bayaran balik atas pembayaran yang telah dilakukan.
  • Hadiah yang ditawarkan (Jika ada) adalah tertakluk kepada pihak pengelolaan.
  • Pihak admin tidak akan bertanggungjawab atas apa jua kesan dari anda menyertai laman web ini.

Usahawan/Anda bertanggungjawab sepenuhnya atas Iklan/Produk/Bisnes yang di masukkan ke web SMElink.my

Terima kasih
Pengelola SMElink.my