Status persyarikatan yang perlu anda tahu

Ini antara ilmu persyarikatan yang orang bisnes perlu faham dan belajar untuk memahami lebih lanjut.
.
Sila kongsikan ilmu ini supaya ramai orang yang boleh mendapat manfaat daripada perkongsian ini.
.
Sebagai orang bisnes kita perlu menentukan platform bisnes kita terlebih dahulu sebelum kita mula berniaga secara sah.
.
Di Malaysia terdapat beberapa jenis entiti perniagaan yang boleh kita jadikan asas kepada bisnes kita iaitu Enterprise , (PLT/LLP) Perkongsian Liabiliti Terhad dan syarikat sdn. bhd. / berhad.
.
Semasa kita mula membuat bisnes tidak ada masalah platform mana yang kita nak guna sama ada ent, PLT dan sdn. bhd.
.
Masalah mula timbul apabila bisnes kita mula berkembang maju dan peluang-peluang bisnes mula datang satu persatu.
.
Waktu itu kita akan mencari platform yang sesuai untuk kita mengukuhkan empayar bisnes kita agar tidak goyang sekiranya dilambung badai atau ombak bisnes.
.
Hasilnya setelah pergi ke seminar, personal coaching, tanya rakan-rakan bisnes dan lain-lain kita pun akan memilih platform yang telah di cadangkan oleh mereka-mereka ini.
.
Kita ambil contoh case study yang mudah, Ali sudah membuat bisnes menggunakan Enterprise sudah 3 tahun , mempunyai ramai staff dan jumlah jualan dan keuntungan yang memberasangkan dari tahun pertama hingga tahun ketiga.
.
Jadi Ali mendapatkan nasihat konsultant untuk mengukuhkan platform bisnes sama ada menubuhkan PLT atau terus menubuhkan syarikat Sdn. Bhd.
.
Disini Ali akan ada 2 option
.
Pertama , Ali akan terus pergi ke SSM untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penubuhan PLT atau syarikat Sdn Bhd. Ali akan mendapat maklumat yang mana PLT boleh ditubuhkan dengan fee penubuhan RM 500++ dan penubuhan syarikat sdn bhd dengan fee RM 1000++ . Bagi syarikat sdn bhd Ali boleh menubuhkan direct dengan SSM tetapi Ali perlu melantik mana-mana setiausaha syarikat dalam masa 30 hari selepas pendaftaran syarikat. Ali berkemungkinan membuat kesalahan tertentu yang boleh menyebabkan penalty oleh SSM ( contoh: tidak melantik setiausaha syarikat) dan Ali tidak boleh menyalahkan SSM kerana tidak tahu tentang perihal pematuhan ini.
.
Kedua, Ali boleh berjumpa dengan mana-mana setiausaha syarikat berlesen bagi mendapatkan penerangan berkenaan pematuhan PLT atau Syarikat Sdn Bhd. Adalah menjadi tanggungjawab Setiausaha Syarikat yang dilantik bagi menasihatkan dan memberi penerangan berkenaan Akta Syarikat kepada pengarah dan pemegang saham oleh syarikat yang melantik. Bagi penubuhan syarikat melalui setiausaha syarikat, Tuan/Puan berhak untuk mendapatkan penerangan tentang perkara yang perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas pendaftaran syarikat sdn bhd. Sudah pasti Professional Fee yang di charge bagi penubuhan syarikat sdn bhd atau PLT oleh setiausaha syarikat berbeza dengan kita buat sendiri. Hakikatnya fee yang dicharge sebenarna untuk memastikan pematuhan yang telah digariskan dipatuhi seterusnya mengelakkan penalty yang dikenakan oleh disebabkan tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
.
Bagi yang baru mula bisnes sebelum mula berbisnes secara serius dengan Enterprise, PLT atau syarikat Sdn Bhd
benda paling utama adalah KOS.
.
Kena tahu 3 jenis kos utama untuk platform bisnes kita.
1) Kos Penubuhan
2) Kos Maintain / pematuhan
3) Kos Penutupan
.
Kalau kita tahu ketiga-tiga kos ini secara terperinci untuk platform bisnes yang kita akan gunakan, Insya Allah kita tidak terkejut apabila terjadi sesuatu di kemudian hari.
.
Kami di Melody memberi maklumat detail ketiga-tiga kos ini diawal sesi konsultansi agar client tidak terbeban dengan isu-isu pematuhan oleh SSM.
.
Paling senang nak fahamkan untuk maintain/pematuhan syarikat sdn bhd (setiap tahun), syarikat dan pengarah syarikat bertanggungjawab menghantar penyata kewangan syarikat, audit report , tax computation dan penyata tahunan syarikat.
.
Setiausaha syarikat ataupun compliance officer (PLT) perlu menasihatkan dan memberi reminder kepada client supaya dapat ingat mengingatkan tentang tarikh2 keramat itu yang mana sekiranya tidak dihantar pada tarikh yang ditetapkan akan dikenakan penalty oleh SSM.
.
Disebabkan compliance inilah yang menyebabkan syarikat sdn bhd lebih Percayai daripada entiti lain.
.
Oleh yang demikian, jangan disebabkan dengar-dengar nasihat orang, kita yang mendapat susah dikemudian hari. Bertanyalah kepada orang yang sepatutnya.
.
Penulisan panjang ini dibuat untuk memberi kesedaran kepada rakan-rakan bisnes agar tidak tersalah memilih platform bisnes.
.
Sekiranya Tuan/Puan mempunyai persoalan tentang persyarikatan, Tuan/Puan boleh menghubungi saya direct di

011-10 1717 96
Azreen Osman
Setiausaha Syarikat Berlesen
Melody Corporate House Sdn. Bhd.
.
.
#daftarsyarikatsdnbhd
#melodycorporatehouse
.
.
p/s: Penulisan di atas adalah pandangan penulis dan sekiranya terdapat sebarang kesalahan , boleh menghubungi kami terus